Page 249 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 249

Menyertai Sidang Kemuncak Bumi

                    Isu pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu yang mencetuskan Sidang Kemuncak Bumi
                    di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Sidang Kemuncak Bumi ini dianjurkan oleh PBB. Malaysia
                    menunjukkan kesungguhan dalam memulihara alam sekitar dengan menyertai sidang ini.
                      •  Komitmen Malaysia terpapar melalui pelibatan negara dalam Sidang Kemuncak Bumi ini yang
                        mengeluarkan deklarasi Agenda 21.
                      •   Agenda 21 ini merupakan satu dokumen umum yang penting bagi pengurusan aktiviti manusia
                        dalam sesebuah negara. Agenda ini menyentuh tindakan pembangunan abad ke-21 bagi
                        mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan ekosistem.
                      •  Selain itu, Malaysia turut terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar
                        di Bali pada tahun 2007. Persidangan-persidangan ini merupakan satu persetujuan sah dan
                        persefahaman negara maju bahawa negara yang terlibat ini akan mengurangkan pembebasan
                        gas rumah hijau secara kolektif dan menggalakkan penggunaan tenaga baharu seperti
                        tenaga solar.
                      •   Hasrat Malaysia adalah untuk menerapkan dan mengguna pakai segala saranan agenda tersebut
                        dalam program pembangunan bagi memastikan alam sekitar negara tidak terjejas dan dapat
                        diwariskan kepada generasi akan datang.




























                    Sidang Kemuncak Bumi PBB di Rio de Janeiro, Brazil.
                    Sumber: https://sgerendask.com. Dicapai pada 8 Julai 2020.


                                                 INFORMASI
                                               Gas Rumah Hijau
                                               Peningkatan kadar gas karbon dioksida di atmosfera yang memanaskan
                                               bumi.  Peningkatan  ini  berlaku  disebabkan  aktiviti  manusia  seperti
                                               penggunaan penyaman udara dan baja kimia.                        BAB 10


                                               Mengapakah isu alam sekitar perlu diberi perhatian oleh masyarakat dunia?

                                                                                                        239
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254