Page 253 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 253

•  Malaysia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk menubuhkan Rizab Sekuriti
                        Makanan ASEAN. Usaha ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti
                        makanan bagi negara anggota ASEAN dan membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN.
                        Rizab ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan kadar yang ditetapkan sebanyak 50 000
                        tan yang disimpan sebagai stok.


                          Alam Sekitar

                    Isu alam sekitar yang penting dan perlu ditangani oleh Malaysia serta negara di Asia Tenggara ialah
                    isu jerebu. Jerebu merupakan fenomena atau pencemaran udara yang menjejaskan jarak penglihatan
                    dan kesihatan. Hal ini disebabkan pembakaran terbuka yang tidak terkawal terutamanya pembakaran
                    hutan. Oleh hal yang demikian, Malaysia bersama-sama negara ASEAN mengambil langkah aktif
                    bagi memastikan isu ini dapat diatasi pada masa hadapan.
                      •   Langkah ini dilaksanakan melalui Perjanjian ASEAN berkaitan dengan Pencemaran Jerebu
                        Merentas Sempadan.
                      •   Perjanjian ini merupakan sebuah perjanjian serantau pertama di dunia. Menerusi perjanjian ini,
                        negara anggota yang terlibat disarankan untuk mengambil langkah dari aspek undang-undang
                        dan pentadbiran serta tindakan lain yang wajar seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut.
                        Pelaksanaan tersebut amat penting bagi memastikan krisis jerebu tidak akan berlaku lagi

                         di  ranta  Asia  Tenggara  denga  menekanka  prinsi  “ASEAN Tanpa  Jere  2020”
                      •   Malaysia dan Singapura juga bersetuju bekerjasama untuk melaksanakan penyelidikan dan
                        pembangunan dalam bidang pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi mencari penyelesaian
                        menangani isu jerebu di rantau ini.




































                    Jerebu di Kuala Lumpur, 2014.                                                               BAB 10
                    Sumber: https://kpkesihatan.com/. Dicapai pada 15 Ogos 2020.

                                                                                                        243
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258