Page 65 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 65

Badan Kehakiman
                    Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undang-
                    undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

                      •    Badan kehakiman diketuai oleh Ketua
                        Hakim Negara. Kuasa badan kehakiman
                        dilaksanakan oleh mahkamah.
                      •   Hakim dilantik untuk memastikan
                        sistem kehakiman dan keadilan
                                                                               Mahkamah
                        ditegakkan di negara kita.                            Persekutuan
                                                                                          Mahkamah
                      •    Peranan badan kehakiman adalah untuk                             Atasan
                        mengadili pertikaian antara pemerintah             Mahkamah  Rayuan                     BAB 3
                        dengan rakyat mahupun sesama rakyat.
                                                                                   Sarawak dan Sabah
                                                                                                                BAB 3
                      •    Badan kehakiman juga menyelesaikan           Tinggi Malaya  Mahkamah Tinggi
                                                                         Mahkamah
                        konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan                                       Mahkamah
                                                                                                   Bawahan
                        Persekutuan.                                        Mahkamah  Sesyen
                      •    Fungsi badan kehakiman bergantung
                        pada status mahkamah yang terdiri
                        daripada Mahkamah Atasan dan                       Mahkamah  Majistret
                        Mahkamah Bawahan serta Mahkamah
                        Khas.
                      •    Selain itu, terdapat mahkamah pada  Hierarki badan kehakiman di Malaysia.
                        peringkat negeri, iaitu Mahkamah       Sumber: http://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/
                        Syariah serta Mahkamah Anak Negeri     mahkamah/mahkamah-tinggi/latar-belakang. Dicapai pada
                                                               16 Julai 2020.
                        di Sarawak dan Sabah.







                    Hakim mestilah bebas daripada pengaruh politik bagi
                    memastikan badan kehakiman sebagai institusi keadilan. Hal   INFORMASI
                    ini dapat menjamin integriti badan kehakiman sebagai badan
                    yang bertanggungjawab menjamin keadilan sosial demi       Mahkamah Khas
                    kesejahteraan rakyat. Sebagai individu yang mempunyai hak   Tidak terletak dalam hierarki
                    yang dijamin oleh perlembagaan, kita sewajarnya memahami   mahkamah biasa, antaranya:
                    kepentingan menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan        •  Mahkamah Khas Raja-Raja.
                    dan kedaulatan undang-undang seperti yang tersurat dalam     •  Mahkamah Tentera.
                    Rukun Negara.


                                                                              Dengan   merujuk   pelbagai
                                                                              sumber,  bandingkan  bidang
                    Pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara penting
                                                                              kuasa Mahkamah Tinggi dengan
                    untuk mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama.      Mahkamah Sesyen dan Mahkamah
                    Pengasingan kuasa dapat membentuk konsep semak dan        Majistret.
                    imbang dalam pemerintahan supaya kuasa pemerintahan       Bentangkan    dapatan  anda
                    tidak dikuasai oleh seseorang atau sesebuah institusi.    di hadapan kelas.


                                                                                                         55
                                                                                                         55
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70