Page 104 - PowerPoint Presentation
P. 104
b. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah syarat yang perlu dipenuhi bagi
seseorang yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia?
6 markah
Syarat yang perlu dipenuhi bagi seseorang yang berhasrat untuk menjadi calon
dalam pilihan raya di Malaysia mestilah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun.
Seterusnya, seseorang yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihan raya
mestilah bermastautin di Malaysia. Mereka mesti sempurna akal dan tidak gila. Sesoerang
yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihan raya juga mestialah bukan orang yang
muflis.
Untuk menjadi calon dalam pilihan raya tidak boleh memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam. Selain itu, tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah iaitu
didenda melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun. Sabitan kesalahan di
mahkamah menyebabkan seseorang kehilangan kelayakan untuk menjadi calon.
Selain itu, calon boleh bertanding atas nama parti atau bertanding sebagai calon
bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
Bersama seorang pencadang dan seorang penyokong Bersama wang pertaruhan (deposit).

