Page 106 - PowerPoint Presentation
P. 106
c. Sekiranya anda sebagai pengundi, apakah ciri-ciri calon yang menjadi pilihan anda
dalam pilihan raya? 8 markah
Ciri-ciri calon yang menjadi pilihan saya dalam pilihan raya ialah ketokohan calon. Seorang
calon yang hebat dan berkeupayaan untuk mentadbir boleh membantu memajukan negara.
Akhlak calon juga menjadi ciri calon yang menjadi pilihan saya. Calon yang berakhlak mulia
boleh menjiwai kepayahan dan penderitaan dan membantu rakyat menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi.
Seterusnya, sifat amanah sangat penting kerana membolehkan melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik. Sifat amanah akan menjadi pembimbing kepada
mereka untuk melaksankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Seterusnya, latar belakang akademik yang baik menjadi kriteria untuk menjadi seorang
pemimpin yang hebat. Oleh itu, ciri ini perlu ada kepada pemimpin untuk mentadbir negara.
Seterusnya, ciri calon yang menjadi pilihan saya dalam pilihan raya ialah yang
mengutamakan kebajikan rakyat melebihi diri dan keluarga mereka. Mereka akan menyelesaikan
kepayahan rakyat berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan rakyat dan mendengar
pandangan serta rintihan rakyat bawahan.

