Page 113 - PowerPoint Presentation
P. 113

b.               Nyatakan reaksi masyarakat yang wujud terhadap Draf Perlembagaan


                       Persekutuan Tanah Melayu.                                                                                                              8 markah




                            Reaksi masyarakat terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

              ialah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli. Mereka imbang


              kedudukan istimewa orang Melayu akan tergugat. Ahli UMNO juga mahu agama Islam

              mestilah diakui sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa

              rasmi.

                            Manakala reaksi Parti PAS mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf


              perlembagaan. PAS menganggap                                             perlembagaan tidak menjaga kepentingan orang

              Melayu sebaliknya mahu kedudukan agama Islam menjadi asas pemerintahan negara

              dan menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.


                            Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara menolak syarat kewarganegaraan yang

              longgar dalam Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Sehubungan itu, Parti

              Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres pada 4 Mei 1957 hingga 7 Mei


              1957 untuk membincangkan draf perlembagaan ini.

                            Selain itu, terdapat sebahagian pertubuhan masyarakat Cina ingin menjadikan

              bahasa             Mandarin               sebagai              bahasa             kebangsaan                   dan          MIC          mahukan                syarat


              kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian.
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118