Page 115 - PowerPoint Presentation
P. 115
c. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus
dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini? 8 markah
Semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita
hari ini dengan cara menerapkan semangat patriotisme di sekolah agar dapat
melahirkan generasi yang setia kepada negara.
Selain itu, semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dengan cara bekerjasama
antara satu sama lain supaya masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni dengan
mengelak daripada isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Rumusan
yang dapat dibuat hasil daripada kesan kerjasama antara kaum, wujud keharmonian
hidup bermayarakat yang boleh membantu ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.
Selain itu, semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi
muda kita hari ini dengan cara menghayati prinsip Rukun Negara iaitu dengan taat serta
setia kepada raja. Ketaatan dan kesetian kepada raja dan negara boleh ditunjukkan
dengan cara menghormati undang-undang negara dan mengamalkan ajaran agama
seperti yang terdapat dalam Rukun Negara.

