Page 32 - PowerPoint Presentation
P. 32
d. Pada pendapat anda, apakah nilai dan iktibar yang dapat diambil daripada
puisi ini? 4m
F1 Semangat perjuangan
F2 Cintakan negara.
F3 Kesan penjajahan
F4 Berwaspada dengan tindak tanduk penjajah
F5 Menjaga negara agar kekal berdaulat
(Mana-mana nilai dan iktibar yang munasabah)
Nilai yang dapat diambil daripada puisi ini ialah semangat perjuangan untuk
mempertahankan negara daripada dikuasai oleh kuasa asing. Selain itu, terdapat nilai
cinta akan negara iaitu dengan menyeru anak bangsa supaya menguasai ilmu
pengetahuan kerana dengan ilmu pengetahuan dapat menangkis serangan penjajah
dalam apa bentuk sekalipun.
Selain itu, iktibarnya yang boleh diambil ialah dapat menyedarkan diri tentang
kesan penjajahan kuasa asing dan mestilah berwaspada dengan tindak tanduk penjajah
yang berusaha untuk menguasai ekonomi negara kita. Kesimpulannya setiap warga
seharusnya berusaha untuk negara terus kekal berdaulat dengan mengambil
pengajaran daripada sejarah penjajahan kuasa asing terhadap negara kita

