Page 36 - PowerPoint Presentation
P. 36
36
Huraikan faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita
8m
F1 Peranan Agama
F2 Media cetak
F3 Penulisan Kreatif
F4 perkembangan sistem pendidikan
F5 Kemunculan Golongan Intelektual
F6 Pengaruh Luar dan Serantau
Faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita ialah
peranan agama. Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan
Gerakan Islah di Mesir pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid
Rida. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan
al-Quran dan Hadis. Gerakan ini juga muncul untuk menentang imperialisme Barat di negara Islam.
Selain itu, faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita
ialah peranan Media cetak. Media cetak seperti akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur
maklumat dan penyebar berita. Antara akhbar awal termasuklah Jawi Peranakan yang menegur campur
tangan British dalam soal agama Islam.
Selain itu, faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita
ialah penulisan kreatif. Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi daripada tokoh nasionalis
digunakan sebagai wadah untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan
rakyat.
Selain itu, faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita
ialah perkembangan sistem Pendidikan……………

