Page 11 - PowerPoint Presentation
P. 11
f. Pada pendapat anda, mengapakah kedaulatan negara kita perlu
dipertahankan? 4 markah
Pada pendapat saya, kedaulatan negara kita perlu dipertahankan bagi
mewujudkan kestabilan politik. Apabila kestabilan politik wujud memudahkan
usaha-usaha untuk pembangunan negara.
Selain itu, kedaulatan negara kita perlu dipertahankan bagi
membolehkan ekonomi negara berkembang pesat. Secara tidak langsung
rakyat akan dapat menikmati hasil kemajuan negara.
Seterusnya, kedaulatan negara kita perlu dipertahankan bagi
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.
Kesimpulan yang dapat diambil ialah sekiranya kedaulatan tidak
dipertahankan ia boleh mengganggu gugat perpaduan kaum dan
meruntuhkan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita seterusnya
akan menyukarkan usaha membina negara yang makmur.

