Page 16 - PowerPoint Presentation
P. 16

Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan

          kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat oleh kuasa asing


                        Sebagai generasi muda hari ini,peranan saya dalam mengekalkan kedaulatan dan

         kemerdekaan tanah air ialah mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam diri saya.

         Dengan ini, saya akan rela mempertahankan negara daripada ancaman kuasa asing.

                        Selain itu,saya harus mengutamakan perpaduan kaum dalam hidupan saya. Contohnya

         melalui kerjasama kaum, Parti Perikatan telah memenangi Pilihan Raya 1955. Ini membuktikan

         bahawa perpaduan kaum amat penting dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah

         air.


                        Seterusnya, saya tidak bekerjasama dengan kuasa asing jikalau kuasa asing tersebut

         hendak menguasai negara kita. Melalui                                               pengetahuan sejarah, kita telah belajar bahawa

         kerjasama                dengan             kuasa           asing          akan          mengugat                kedaulatan                negara            sepertimana

         kerjasama segelintir pembesar Melaka dengan pihak Portugis telah menyebabkan Portugis

         menguasai Melaka. Oleh itu, saya juga haruslah memelihara jati diri saya supaya tidak senang

         dipengaruhi kuasa asing.

                        Seterusnya, saya juga patut menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang


         kemahiran. Hal ini kerana dengan ini,kita akan menjadi orang yang berilmu dan membantu

         memaju dan membangunkan negara.

                        Akhir sekali,                  saya juga patut menyumbangkan usaha saya untuk mengukuhkan

         pasukan tentera. Pasukan tentera dan pertahanan yang kuat akan dapat menakutkan kuasa

         asing yang cuba mengugat atau menguasai negara kita.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21