Page 31 - PowerPoint Presentation
P. 31
b. Jelaskan tentang undang-undang Charter of Justice yang di perkenalkan
di Negeri-negeri Selat. 6 markah
Undang-undang Charter of Justice merupakan undang-undang
British selepas kemasukan British. Undang-undang ini diperkenalkan
di Negeri-negeri Selat (NNS) diambil daripada undang-undang yang
digubal di England.
Dikenali sebagai Charter of Justice. matlamatnya adalah untuk
melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan.
Pada tahun 1807, Charter of Justice I diperkenalkan bagi
mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang.
Pada tahun 1826, Charter of Justice II untuk menyatukan
mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Manakala pada tahun 1855 Charter of Justice III, British
mewujudkan Mahkamah di Singapura dan Melaka, serta Pulau
Pinang.

