Page 33 - PowerPoint Presentation
P. 33

c.            Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah undang-


                      undang penting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini?



                         Undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini


           kerana ia dapat mengawal tingkah laku masyarakat. Melalui undang-undang ia

           dapat mencegah rakyat supaya tidak melakukan jenayah, contohnya seperti


           membunuh, merompak dan mencuri.


                         Selain itu, undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada

           masa kini bagi memastikan wujud keamanan dalam negara. Apabila                                                                                                   setiap


           warganegara patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan, sudah pasti negara

           berada dalam suasana aman dan makmur. Implikasinya rakyat dapat


           menjalankan kehidupan dengan tenang dan sejahtera.


                           Selain itu, undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada

           masa kini bagi melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan sebagai


           undang-undang tertinggi menjadi garis panduan kepada urusan pentadbiran

           negara. Kesimpulannya, sistem perundangan yang efektif amat penting kepada


           sesebuah negara bagi menjamin keadilan kepada semua dan dapat memastikan


           negara aman, stabil dan makmur                                                                                                 33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38