Page 57 - PowerPoint Presentation
P. 57
Sistem Persekutuan dibentuk berikutan peluasan pengaruh British
berkuat kuasa pada tahun 1896. Persekutuan terdiri daripada empat buah
negeri Melayu dikenali sebagai NNMB. Persekutuan tersebut tidak
mempunyai agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.
Persekutuan diperkemaskan dengan penstrukturan Majlis Mesyuarat
Persekutuan pada tahun 1927 untuk memperkemas tadbir urus
Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British di negeri Melayu.
Seterusnya, British berusaha untuk menyatukan pentadbiran semua
negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah
kerajaan berbentuk kesatuan dinamakan Kesatuan Malaya 1946 (Malayan
Union). Malayan Union dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad dan
gagal diteruskan. Hal ini demikian kerana mendapat bantahan daripada
Raja-raja Melayu dan orang Melayu.

