Page 61 - PowerPoint Presentation
P. 61
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pentadbiran yang
cekap perlu diwujudkan dalam sesebuah negara Persekutuan seperti
Malaysia. 6 markah
Pentadbiran yang cekap perlu diwujudkan kerana ia dapat menjamin
kesejahteraan hidup rakyat malahan ia akan dapat mempercepatkan proses
pembangunan negara.
Selain itu, dengan pentadbiran yang cekap kekayaan negara dapat
diagih dan dinikmati secara sama rata. Secara tidak langsung ia dapat
menjamin kestabilan politik negara kerana rakyat tidak mempunyai alasan
untuk menentang kerajaan. Rumusannya, pentadbiran yang cekap sangat
penting kerana ia akan dapat melahirkan budaya kerja cemerlang dan
mewujudkan kepimpinan berkualiti dalam melaksana urus tadbir negara .
Seterusnya, dengan pentadbiran yang cekap kemajuan ekonomi
berkembang pesat. Ia akan dapat menarik pelaburan asing untuk menanam
modal di negara kita. Pentadbiran yang cekap akan dapat memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat sekaligus akan keamanan Negara akan
wujud.

