Page 75 - PowerPoint Presentation
P. 75
b. Jelaskan langkah-langkah yang diambil untuk menamatkan konfrantasi
dengan Indonesia. 6 markah
F1 Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik dalam usaha menangani konfrontasi.
H1a Muhammad Ghazali Shafie mengetuai Kementerian Luar Negeri menyusun strategi
untuk mematahkan kempen propaganda Indonesia
F2 U Thant, Setiausaha Agung PBB, mengutus wakilnya C.V. Narasimhan pada bulan
Februari 1963
H2a Berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.
F3 Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9
April 1963
H3a Malaysia diwakili oleh Muhammad Ghazali Shafie.
F4 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerima undangan Presiden Soekarno untuk
bertemu di Tokyo pada 1963.
H4a Dalam pertemuan ini, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menerangkan tujuan
pembentukan Malaysia.
F5 Tun Abdul Razak Hussein menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila
pada 7-11 Jun 1963 bagi mencari penyelesaian konfrontasi.
H5a Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya.

