Page 79 - PowerPoint Presentation
P. 79
c. Andaikan anda sebagai seorang pemimpin negara, bagaimanakah anda
menyelesaikan penentangan pihak yang tidak bersetuju dengan
pembentukannMalaysia? 8 markah
Saya menyelesaikan dengan cara berunding dengan pihak yang tidak
bersetuju. Ini bertujuan mencari penyelesaian tanpa pertumpahan darah kerana
dengan cara kekerasan bukan sahaja menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa
terkorban malahan akan mengakibatkan kerosakkan dan kemusnahan harta benda.
Selain itu, saya akan menyelesaikan melalui orang tengah agar persetujuan
dicapai dengan adil bagi kedua-dua belah pihak. Contohnya menggunakan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mencari jalan penyelesaian di meja
rundingan.
Seterusnya, menunjukkan sikap persahabatan dengan negeri-negara
tersebut. Mengelakkan isu-isu sensitif yang menyentuh emosi negara yang
terbabit ini supaya pihak terbabit tidak mempunyai alasan untuk menentang negara
kita. Kesimpulannya, apa sahaja pertikaian yang berlaku sebaik-baik penyelesaian
ialah melalui rundingan. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya
semua pihak mengambil sikap bertolak ansur dalam untuk mewujudkan keamanan
dunia.

