Page 40 - PERUNCINGAN SEJARAH K2 SPM 2021
P. 40

7       Jelaskan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada negara kita. KBAT

               F1      Mengembalikan semula kedudukan Raja-Raja Melayu
               F2      Majlis Raja-raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan
               F3      Majlis dipengerusikan seorang daripada sembilan Raja-raja Melayu
               F4      Pesurujaya Tinggi memastikan bahawa Raja-raja Melayu perlu dirujuk
                           terhadap kuasa kerajaanPersekutuan.
               F5      Sultan menjadi ketua negeri
               F6      berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
               F7      Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerjaan pusat dengan
                           kerajaan Negeri.
               F8      Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
               F9      Membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara
               F10     Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal
               F11     Diberikan kedudukan istimewa
               F10     Mewujudkan kerjasama kaum melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
               F11     Berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum
               F12     Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis kepada pembentukan Persekutuan Tanah
                       Melayu 1957 yang merdeka

               8       Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan
                       Persekutuan Tanah Melayu 1948? KBAT

               F1      Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
               F2      Majlis Raja-raja ditubuhkan
               F3      Raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan
               F4      Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain
               F5      Membuka jalan kepada penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
               F6      Berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum
               F7      Membuka ruang kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu
               F8      Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal
               F9      Merintis kepada kemerdekaan negara
               F11    Mengekalkan kedaulatan negara
               F12    Berpeluang mentadbir negara mengikut acuan sendiri
               F13    Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum
               F14   Penubuhan PTM 1948 / Persekutuan Malaysia 1963
               F15    Mengekalkan Raja sebagai pemerintah tertinggi
               F16    Bahasa Melayu diperjuang sebagai bahasa kebangsaan
               F17    Agama Islam menjadi agama bagi Persekutuan
               F18    Melahirkan perasaan sayang dan bangga terhadap negara
               F19    Perpaduan kaum diperkukuh


               9       Perpaduan kaum telah berjaya dipupuk hasil daripada  Perjanjian  Persekutuan
                       Tanah Melayu 1948. Buktikan.  (KBAT)

               F1      Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf  / wujudnya kepentingan sah kaum lain
               F2      Memberi ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara
               F3      Orang Melayu tetap diterima sebagai penduduk asal
               F4      Memulakan proses kerjasama antara kaum dengan penubuhan JHAK / CLC
               F5      Mewujudkan persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum
               F6      Membuka laluan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka






                                                                                                                   39
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45