Page 45 - PERUNCINGAN SEJARAH K2 SPM 2021
P. 45

5      Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan  bagi  menghargai
                       keamanan negara?  KBAT

               F1      Sentiasa mematuhi undang-undang negara / peraturan yang ditetapkan dengan
                       mengelak diri daripada terjebak melakukan kegiatan yang bercanggah dengan
                          undang-undang /peraturan
               F2      Menyokong dasar negara yang dilaksanakan agar dapat mengukuhkan kestabilan
                           politik
               F3      Melaporkan kegiatan jenayah di tempat tinggal masing-masing agar pihak berkuasa
                           seperti polis dapat membendung jenayah
               F4      Menghormati kedudukan kedudukan YDPA sebagai ketua negara demi menjamin
                           kedaulatan negara
               F5      Memupuk kesetiaan kepada raja dan negara dengan memberi penekanan dalam mata
                           pelajaran Sejarah di peringkat sekolah hingga universiti
               F6      Menjunjung perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi supaya
                       masyarakat peka dalam mengamalkan prinsip Rukun Negara
               F7      Menyalurkan rasa tidak puas hati terhadap mana-mana institusi dengan menggunakan
                       saluran yang betul agar kesejahteraan negara terpelihara
               F8      Mempunyai keyakinan terhadap institusi mahkamah dalam menjalankan perbicaraan
                       yang adil demi mengelakkan kita menegakkan undang-undang sendiri
               F9       Menggunakan kebebasan bersuara secara berhemah tanpa ti membuat demonstrasi
                           jalanan yang akan menecemarkan imej negara
               F10     Menyokong dasar negara dengan tidak membawa masuk pendatang asing tanpa izin
                       masalah sosial masyarakat dapat dikurangkan


                  T4 BAB 7


               1       Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum? (ms 174)

               F1       Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
               F2       Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial
               F3      Supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti
               F4       Mewujudkan keadaan harmoni/ muhibah dalam kalangan penduduk


               2       Apakah maksud Sistem Ahli  (ms 178)

               F1      Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah
                       Melayu
               F2      Latihan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberi
                       kemerdekaan
               F3      Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberi
                       tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan
               F4      Dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga Jun 1955


               3       Sistem Ahli telah membawa kebaikan kpd penduduk TM. Jelaskan (KBAT)
               F1      Melatih penduduk tempatan pelbagai kaum untuk menerajui pentadbiran negara
               H1a     pelbagai kaum bekerjasama dalam memastikan pentadbiran negara dapat dilaksanakan
                       dengan lancar
               F2      Mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan penduduk
               H2a     ahli dalam sistem itu terdiri daripada pelbagai kaum/ Melayu/ Cina dan India



                                                                                                                   44
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50