Page 92 - PERUNCINGAN SEJARAH K2 SPM 2021
P. 92

7  Logo berikut berkaitan slogan yang dilancarkan pada tahun 1960.








               Bagaimanakah slogan tersebut dapat mengukuhkan pembinaan masyarakat Malaysia?
               Berikan ulasan anda.(KBAT)
               F1      Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahasa sebagai milik sesuatu bangsa menjadi identiti
                       kebangsaan
               F2      Bahasa kebangsaan menunjukkan jati diri bangsa dan negara Malaysia
               F3      Bahasa kebangsaan adalah warisan budaya bangsa
               F4      Bahasa Melayu berakar umbi daripada sejarah kegemilangan tamadun bangsa diangkat
                       menjadi bahasa kebangsaan
               F5      Semua bangsa menggunakan bahasa kebangsaan sebagai alat komunikasi untuk saling
                       memahami
               F6      Berjaya membentuk perpaduan demi keharmonian masyarakat Malaysia
               F7      Bahasa Jiwa Bangsa juga melambangkan bahasa ilmu sesuatu bangsa
               F8      Kekuatan bahasa juga menunjukkan kecemerlangan sesuatu bangsa dan
                       negara
               8       Nyatakan perkembangan sistem pendidikan vernakular di negara kita semasa
                       penjajahan British. (ms 141)

               F1      Di Tanah Melayu – Sekolah vernakular Melayu /sekolah vernakular Cina / `
                       sekolah vernakular Tamil /sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris
               F2      Di Sarawak dan Sabah – sekolah vernakular Melayu / sekolah Cina / sekolah mubaligh
                       Kristian
               F3      Menggunakan bahasa pengantar berlainan
               F4      Menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
               F5      Menggunakan kurikulum berlainan
               F6      Berkembang mengikut kaum masing-masing
               F7      Mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat berbilang kaum
               F8      Menggunakan khimat tenaga pengajar daripada kaum masing-masing

               9       Bagaimanakah pembentukan dasar pendidikan kebangsaan dilaksanakan di
                       negara kita? (ms144-147)

               F1      Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Razak 1956)

               H1a     Mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada
               H1b     Mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
               H1c     Teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan mampu mewujudkan semangat
                       perpaduan
               H1d     Menggunakan sukatan pelajaran yang sama
               H1e     Menggunakan kurikulum yang sama
               H1f     Melaksanakan aktiviti kokurikulum
               H1g     Menggunakan bahasa pengantar yang sama
               H1h     Menggunakan kemudahan di sekolah/kantin/padang yang sama
               H1i     Aktiviti kelas dilakukan bersama tanpa mengira kaum
               H1j     Warga sekolah terdiri daripada pelbagai kaum
               H1k     Warga sekolah secara bersama bersatu mencapai matlamat




                                                                                                                   91
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97