Page 3 - SAINS THN 3
P. 3
MATAHARI
Matahari merupakan pusat Sistem Suria
Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu
terlalu sejuk dan Bumi akan beku.
Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi,
tujuh planet yang lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing.
Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang
sama namun pada kelajuan yang berbeza.

