Page 4 - SAINS THN 3
P. 4
P
L
Musytari A
Uranus N
Bumi
Utarid E
Zuhrah Marikh T
Zuhal Neptun
Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
Susunan planet dari Matahari -
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar yang
dipanggil orbit dan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar pada
paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut arah jam)
manakala Uranus berputar pada sisinya (dari atas ke bawah)

