Page 18 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 18
DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
15.0 KEHADIRAN WARIS
Berdasarkan jumlah di dalam buku pendaftaran waris, didapati peratus kehadiran ibu bapa
atau waris pada mesyuarat kali ini adalah amat memberangsangkan. Ini menunjukkan
kehadiran dan penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat PIBG pada kali ini amat menggalakkan.
Pelaksanaan mesyuarat yang dijalankan secara google meet di mana ahli mesyuarat berada di
stesen masing-masing sebenarnya telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kehadiran
ahli pada mesyuarat kali ini, disamping peningkatan kesedaran tentang pentingnya
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti melibatkan PIBG. Ibu bapa atau waris juga memberi
galakan dan sokongan kepada guru dan murid terhadap perkembangan pembelajaran anak-
anak secara berterusan dan proaktif.
( Rujuk lampiran )
16.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN/POSTMORTEM
Secara keseluruhannya, mesyuarat PIBG kali ke-47 ini berjalan dengan lancar dan teratur
sebagaimana yang telah dirancang. Kehadiran waris amat menggalakkan walaupun tidak
dapat dijalankan secara bersemuka kerana mengikut norma baharu akibat pandemik Covid
19. Namun begitu, ada beberapa penambahbaikan yang boleh diperkemaskan pada masa
yang akan datang.
17.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, perjalanan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 pada tahun ini berjalan
dengan lancar dan kehadiran waris amat memberangsangkan. Program PIBG yang telah
dijalankan akan dinilai pada setiap tahap pelaksanaan dari perancangan sehingga tamatnya
program berkenaan. Impak dari segi kesan jangka panjang dan jangka pendek daripada
program PIBG ini dapat memacu perkembangan kognitif, afektif dan sosial ke arah
melahirkan insan cemerlang. Hasil jalinan hubungan yang baik guru dan ibu bapa juga dapat
dinilai melalui pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik seperti kelakuan dan
disiplin murid, pencapaian kendiri dan sikap murid-murid yang baik. Keberkesanan program
ini dapat mewujudkan sekolah efektif, pengwujudan iklim budaya sekolah yang positif untuk
pengajaran-pembelajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah terutama
guru dengan ibu bapa dan murid-murid. Kesimpulannya, kesemua program PIBG dirancang
dan dilaksanakan agar tindakan akan datang akan menjadi lebih cekap dan berkesan.
17

