Page 15 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 15
DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
13.0 USUL UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
Daripada - En. Omar Idris
Cadangan 1. Gotong-royong Perdana setiap 2 bulan bagi memperindah kawasan sekolah.
Respond Gotong – royong Perdana telah diadakan pada bulan Mac yang lalu. Ia tidak
dapat diadakan seperti yang telah dicadangkan kerana beberapa faktor, antaranya
masa Ibubapa/Waris, kedudukan kewangan dan program atau aktiviti melibatkan
pihak PPD, JPN atau KPM.
Daripada - En. Shahrom bin Shaar
Cadangan 2. Menyediakan kemudahan tandas yang lebih baik. Air paip yang mencukupi
dengan penambahan tangki air untuk mengelakkan ketiadaan air.
Respond
Tandas murid adalah termasuk dalam binaan baru dan sangat selesa (binaan
tahun 2019). Ia juga mempunyai tangki yang besar bagi menampung keperluan
warga sekolah. Malangnya, ketiadaan air adalah masalah setempat. Oleh itu,
pihak sekolah telah memohon kepada SADA untuk dibekalkan air namun,
pihak SADA hanya dapat membekalkan air dalam 2 hari sekali. Pihak PIBG
juga telah memberikan sumbangan pam air bagi memudahkan pengurusan air
untuk disalurkan ke tangki utama tandas. Pihak PIBG akan cuba mendapatkan
tangki air tambahan pada masa akan datang.
Daripada - Pn. Fazilah bt Yusof
Cadangan 3. Kawasan menurun atau mengambil anak akan menjadi takungan air dan lecak
apabila hujan. Ini menyebabkan berlaku kesesakan dan kasut anak-anak menjadi
kotor. Sehubungan dengan itu, mohon pihak PIBG untuk meletakkan batu kecil
atau pasir bagi merata dan menutup lubang-lubang tersebut.
Respond - Pihak PIBG sangat bersetuju dengan cadangan tersebut. Tanah tersebut adalah
milik persendirian dan PIBG bersama pihak sekolah akan berjumpa dengan
pemilik tanah bagi membincangkan cadangan itu.
15

