Page 67 - EXEMPLAR BM TAHAP 1
P. 67
UNIT 3 PANDUAN PELAKSANAAN
Pendidikan sivik pada peringkat sekolah rendah Tahap I dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral dengan berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.
Masa yang diperuntukkan untuk setiap mata pelajaran ialah satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Guru boleh merancang dan membuat
pengubahsuaian berdasarkan tajuk mengikut nilai teras yang selari dengan perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum. Guru hendaklah
merancang dan menentukan hari serta masa untuk melaksanakan PdP mengikut kesesuaian mata pelajaran.
Beberapa modul exemplar pendidikan sivik disediakan mengikut mata pelajaran sebagai panduan untuk membantu guru melaksanakan PdP
secara bersepadu. Modul exemplar ini disediakan berdasarkan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah Tahap I dan II yang
boleh dijadikan rujukan untuk merancang PdP. Modul exemplar bagi setiap mata pelajaran mengandungi tajuk, pengenalan, literasi sivik, aktiviti,
penilaian, rumusan, info sivik dan nota guru yang berfokuskan kepada satu nilai teras. Modul exemplar yang disediakan mengandungi pelbagai
kaedah PdP yang memberikan tumpuan kepada pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan
pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam
PdP. Berpandukan modul exemplar ini, guru digalakkan mempelbagaikan strategi dan pendekatan PdP mengikut kesesuaian, kreativiti dan
mengikut konteks setempat. Guru disaran menghasilkan PdP bagi mana-mana tajuk yang tiada dalam modul dengan berpandukan kepada
perincian pemetaan dan modul exemplar.
55

