Page 5 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 5
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Pemprosesan Makanan Tingkatan 4 dan 5 merupakan salah satu mata pelajaran
elektif dalam kelompok Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). MPV
menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa.
Buku Teks Pemprosesan Makanan Tingkatan 4 dan 5 mengandungi tujuh modul
iaitu:
1. Pengurusan Tempat Kerja
2. Pemprosesan Hasil Ternakan
3. Pemprosesan Hasil Bakeri, Konfeksioneri dan Kuih Tradisional
4. Pemprosesan Hasil Tanaman
5. Reka Bentuk dan Inovasi Produk Pemprosesan Makanan
6. Pemasaran Produk Pemprosesan Makanan dan Keusahawanan.
Setiap modul terdiri daripada aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan,
pencarian maklumat, dan projek yang dapat mencetuskan minat murid. Elemen
Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad
ke-21, ruangan info dan kod QR adalah antara elemen tambahan yang dimuatkan
dalam buku ini sebagai memastikan objektif dan matlamat mata pelajaran
ini tercapai.
Buku ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang pemprosesan makanan. Di samping itu, murid juga dapat
memperoleh nilai dan etika profesional serta mengamalkan penggunaan teknologi
dan menerapkan elemen keusahawanan dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi.
Buku ini juga boleh dijadikan sebagai satu rujukan sekiranya murid melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Persembahan secara lembaran pengurusan grafik dan peta pemikiran digunakan
bagi merangsang minat murid dalam bidang ini. Buku teks ini diharap dapat menjadi
rujukan terbaik untuk membangunkan potensi murid melahirkan seorang yang
berkerjaya dan berwawasan dalam bidang pemprosesan makanan.
v

