Page 146 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 146
Jawab soalan yang berikut.
1. Apakah alatan yang digunakan untuk mencairkan coklat compound?
2. Huraikan perbezaan coklat gelap, coklat susu dan coklat putih.
Coklat gelap Coklat susu Coklat putih
3. Apakah yang akan berlaku sekiranya coklat salutan dibiarkan terdedah pada cahaya matahari?
4. Tandakan (✓) bagi langkah kerja pemprosesan coklat salutan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan.
Bil. Langkah Kerja Jawapan
1. Cairkan coklat compound putih pada suhu 60°C secara double boil.
2. Masukkan coklat compound putih yang telah dicairkan di dalam piping bag.
3. Susun coklat salutan di dalam balang plastik dan simpan pada suhu bilik.
4. Sejukkan coklat salutan di dalam peti sejuk beku.
5. Cairkan coklat compound hitam pada suhu 45°C secara double boil.
6. Masukkan coklat salutan yang telah siap di dalam cawan kertas.
7. Hiaskan coklat salutan dengan coklat compound putih.
8. Susun wafer yang telah disalut di atas dulang yang telah dilapik dengan plastik.
5. Jadual di bawah menunjukkan maklumat untuk kos projek produk coklat salutan yang
anda usahakan.
Bulan Kos Projek (RM)
Januari 250.00
Februari 400.00
Berdasarkan jadual yang berikut:
(a) Berikan tiga sebab kos projek pada bulan Februari meningkat dan cadangkan satu cara KBAT
mengatasinya.
(b) Nyatakan satu saluran agihan yang sesuai bagi produk coklat salutan dan huraikan kelebihan KBAT
menggunakan saluran agihan tersebut.
(c) Cadangkan dua cara meningkatkan jualan coklat salutan anda. KBAT
140

