Page 308 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 308

Botol plastik

                     Botol  plastik  merupakan  bahan  pembungkus  separa  keras.  Botol  plastik  dihasilkan
                     untuk menggantikan tin dan kaca khususnya dalam industri minuman ringan. Ketebalan
                     plastik separa keras melebihi 0.25 mm bagi memastikan bahan pembungkus tersebut
                     mempunyai kekuatan semasa pengendalian. Selain itu, botol plastik dihasilkan melalui
                     kaedah  blow moulding.  Blow moulding ialah proses industri untuk membuat satu
                     keping bahagian plastik berongga dengan dinding nipis dan berbeza ketebalan. Bahan
                     plastik yang digunakan untuk membuat botol plastik ialah polystyrene (PS), Low-density
                     polyethylene  (LDPE),  High-density polyethylene  (HDPE),  polypropylene  (PP),  polyvinyl
                     chloride (PVC) dan polyethylene terephthalate (PET).




        2  Plastik
                                                                                     Info

           Plastik ialah bahan yang dibina daripada proses kondensasi polimer   Polyethylene terephalate (PET
           (polycondensation).  Rantaian   monomer-monomer       bergabung
           membentuk polimer dan membebaskan bahan sampingan seperti           atau PETE), polycarbonate
                                                                               dan polythylene naphthalate
           air serta methanol. Plastik mudah dibentuk dan boleh ditukar menjadi
           helaian sheets. Plastik juga tahan kepada tindak balas kimia, murah   (PEN) merupakan plastik jenis
                                                                               polyesters. Polyesters ditempa
           dan terdapat pelbagai bentuk serta warna. Kebanyakan plastik heat
           sealable mudah dicetak dan boleh diintergrasikan dalam production   daripada monomer asid
                                                                               karbosilik dengan alkohol melalui
           line. Berikut merupakan jenis plastik yang digunakan dalam industri
           produk makanan:                                                     proses polycondensation.

                                                 Jadual 6.1  Jenis-jenis plastik

                           Jenis-jenis plastik                                Penerangan

            Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE)      PET atau PETE banyak digunakan dalam
                                                            pembungkusan  makanan.  Plastik  ini  bersifat
                                                            tahan panas, minyak, mineral dan asid. PET atau
                                                            PETE amat baik sebagai perlindungan daripada
                                                            agen pencemaran akibat gas (oksigen dan karbon
                                                            dioksida) dan kelembapan. Kelemahannya ialah
                                                            tidak tahan akan makanan beralkali. PET atau
                                                            PETE digunakan dalam pembungkusan air mineral
                                                            kerana kadar ketelusan cahayanya seperti kaca,
                                                            ringan, tidak mudah berderai dan mudah dikitar
              Mentega     Air minuman     Minyak masak      semula.
               kacang     atau mineral

            Polycarbonate                                   Sejenis plastik yang telus cahaya, tahan  panas
                                                            dan tahan lasak.  Polycarbonate  boleh digunakan
                                                            berulang kali. Plastik ini tidak boleh bersentuhan
                                                            dengan detergen yang diperbuat daripada sodium
                                                            hypochlorite kerana polycarbonate akan bertindak
                                                            balas dan menghasilkan  bisphenol  A yang
                                                            memudaratkan kesihatan.





                      Botol air         Botol susu bayi




             302
   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313