Page 311 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 311

4   Kertas

                Kertas merupakan pembungkusan makanan yang dihasilkan daripada selulosa kayu dicampur
                dengan sulfat dan sulfit. Kertas tidak digunakan sebagai pembungkus dalam jangka masa yang
                lama kerana ketahanannya kepada agen pencemaran amat rendah. Kertas untuk pembungkusan
                dibuat salutan,  lapisan atau  campuran bahan  lain  untuk  meningkatkan  fungsi  dan  ketahanan.
                Kertas yang sesuai untuk pembungkusan makanan ialah kertas kraf, kertas sulfit, kertas minyak,
                kertas glassine dan kertas parchment. Berikut merupakan dua jenis kertas:



                                                         Jenis Kertas




                              Kertas biasa                                      Kertas Berlaminasi
                Kertas untuk pembungkusan makanan                  •  Kertas berlaminasi merupakan kertas
                dirawat dengan salutan, lapisan atau                  dilaminasikan dengan plastik atau
                campuran bahan lain seperti lilin, resin              aluminium.
                atau lakuer untuk meningkatkan fungsi              •  Proses laminasi ini bertujuan untuk
                dan ketahanan kepada pencemaran.                      meningkatkan kadar ketahanannya
                Contoh kertas yang sesuai untuk                       terhadap agen pencemaran.
                pembungkusan makanan ialah kertas kraf,            •  Contoh kertas yang dilaminasi dengan
                kertas sulfit, kertas minyak, kertas glassine         polyethylene lebih tahan kepada suhu
                dan kertas parchment.                                 tinggi dan tidak telus kepada gas serta
                                                                      kelembapan.


                                                   Rajah 6.3 Jenis kertas


                  Sifat kertas yang mudah dibentuk telah menyebabkan pembungkusan makanan kertas direka dalam
             bentuk kotak, beg kertas, cawan kertas, mangkuk dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa contoh
             produk makanan yang sesuai dibungkus menggunakan kertas:























                    Burger dan kentang goreng       Snek kering atau bijirin               Pizza

                                     Foto 6.4 Produk makanan yang dibungkus dengan kertas














                                                                                                         305
   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315   316