Page 101 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 101

BAB 8                PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


                       Pengurusan PBD di sekolah melibatkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.
                      Tujuan pengurusan PBD adalah untuk memastikan pelaksanaan PBD yang berterusan,
                      berkesan dan berkualiti di sekolah. Guru diberi autonomi untuk menjalankan PBD yang
                      seiring  dengan  PdP  yang  sejajar  dengan  DSKP.  Pengetua/Guru  Besar  (PGB)  harus
                      mempunyai  pengetahuan  tentang  PBD  dan  kemahiran  melaksanakan  PBD,  selain
                      memberi sokongan sepenuhnya kepada guru.

                      Bagi menjayakan pelaksanaan PBD di peringkat sekolah, pihak sekolah, JPN dan PPD
                      memainkan peranan penting untuk membantu dan memberi sokongan kepada guru.

                      8.1     Pengurusan PBD di Peringkat Sekolah

                                   PBD  merupakan  salah  satu  agenda  tetap  dalam  Mesyuarat
                                     Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
                                   Perancangan PBD harus disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran
                                     dan  boleh  digabungkan  menjadi  satu  perancangan  PBD  di  peringkat
                                     sekolah.  Perancangan  ini  perlu  dibincangkan  dalam  Jawatankuasa
                                     Kurikulum Sekolah dari aspek kemahiran guru, proses pelaksanaan dan
                                     pelaporan PBD.
                                   Satu mekanisme diwujudkan untuk mengenal pasti dan  menyelesaikan
                                     masalah,  membuat  keputusan  serta  melaksanakan  penambahbaikan
                                     berterusan  berkaitan  pengurusan  PBD,  guru  boleh  membincangkan
                                     isu/cabaran, misalnya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
                                   Bantuan teknikal diberi dari aspek kaedah PBD, pembinaan instrumen,
                                     kaedah moderasi, perekodan serta pelaporan (dalam templat excel).
                                   Penjaminan Kualiti PBD dijalankan, penjaminan kualiti PBD di sekolah
                                     diterangkan di bahagian 5.2.


                      8.2     Pengurusan PBD di Peringkat PPD

                                    Pemantauan  pelaksanaan  PBD  di  setiap  sekolah  untuk  memastikan
                                     sekolah melaksanakan PBD dengan berterusan, berkesan dan berkualiti.
                                    Sesi perkongsian ilmu tentang PBD yang merangkumi amalan terbaik
                                     serta sesi penyelesaian masalah dalam kalangan Pengetua Guru Besar
                                     (PGB)  dan  guru  dari  sekolah-sekolah  dalam  daerah  serta  pelibatan
                                     jemputan pakar luar.
                                    Lawatan  kunjung  bantu  ke  sekolah  diaturkan  untuk  memantau
                                     pelaksanaan PBD serta memberi bimbingan (coaching and mentoring)
                                     kepada guru di sekolah.






                                                            89
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106