Page 15 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 15

BAB 1         PENGENALAN



                       1.1    Matlamat Panduan Pelaksanaan PBD

                       Panduan  Pelaksanaan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  disediakan  untuk  memberi
                       kefahaman  dan  membantu  pentadbir  sekolah  dan  guru  dalam  melaksanakan
                       pentaksiran  bagi  mendapat  maklum  balas  berkaitan  perkembangan  pembelajaran
                       murid  dan  keberkesanan  pedagogi.  Maklumat  daripada  pentaksiran  tersebut
                       digunakan  untuk  merancang  tindakan  susulan  sama  ada  semasa  pengajaran  dan
                       pembelajaran (PdP) atau selepas PdP. Melalui panduan ini guru diberi pendedahan
                       tentang  konsep,  tujuan,  ciri-ciri,  kaedah,  aspek  yang  ditaksir,  pertimbangan
                       profesional,  dan  keperluan  melaksanakan  PBD  serta  cara  mengaplikasikannya  di
                       dalam bilik darjah.


                       1.2    Objektif Panduan Pelaksanaan PBD

                            Panduan ini membantu guru:

                            menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai
                            melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan
                            membuat  pertimbangan  profesional  dalam  menentukan  tahap  penguasaan
                              murid
                            menjalankan tindakan susulan


                       1.3    Organisasi Kandungan

                       Penerangan  tentang  PBD  diterangkan  secara  terperinci  dari  Bab  2  hingga  Bab  8.
                       Penutup panduan ini dinyatakan dalam Bab  9 manakala istilah penting dalam PBD
                       dijelaskan dalam glosari. Rajah 2 menunjukkan organisasi kandungan panduan ini.




















                                                            3
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20