Page 24 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 24

BAB 3         TAHAP PENGUASAAN DAN STANDARD PRESTASI




                       3.1    Pengenalan

                       Pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan penentuan Tahap Penguasaan
                       bagi  setiap  murid  dengan  merujuk  kepada  Standard  Prestasi.  Tahap  Penguasaan
                       dinyatakan secara eksplisit di dalam DSKP setiap mata pelajaran.



                       3.2    Tahap Penguasaan

                       Tahap  Penguasaan  dalam  KSSR  dan  KSSM  merupakan  satu  bentuk  pernyataan
                       pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam
                       Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki
                       dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.
                       Tahap  penguasaan  ini  mengambil  kira  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  yang
                       ditetapkan  dalam  kurikulum.  Taksonomi  yang  berkaitan  kognitif,  psikomotor  dan
                       afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard Prestasi.

                       Guru  perlu  menyelesaikan  PdP  bagi  satu  kelompok  bidang,  tema  atau  kemahiran
                       dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebelum menentukan tahap
                       penguasaan  murid.  PdP  guru  berdasarkan  Standard  Kandungan  dan  Standard
                       Pembelajaran  manakala  Standard  Prestasi  merupakan  indikator  kepada  tahap
                       penguasaan murid.


                       Jadual  3.1  menunjukkan  enam  Tahap  Penguasaan  yang  dicadangkan  dalam  DSKP.
                       Setiap  penyataan  Tahap  Penguasaan  ditafsir  secara  generik  dalam  mata  pelajaran
                       sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.
                       Tahap  penguasaan  minimum  bagi  semua  mata  pelajaran  ditetapkan  pada  Tahap
                       Penguasaan  3.  Pada  tahap  ini  murid  boleh  menggunakan  pengetahuan  untuk
                       melaksanakan  sesuatu  kemahiran  atau  tugasan pada  sesuatu  situasi.  Setiap  murid
                       dibimbing  dan  diberi  peluang  untuk  mencapai  sekurang-kurangnya  Tahap
                       Penguasaan 3. Walau bagaimanapun, tidak semua murid berupaya mencapai tahap
                       ini pada kadar yang sama kerana potensi individu adalah berbeza. Oleh itu, guru perlu
                       mengambil  tindakan  susulan  dan  sentiasa  berusaha  untuk  membantu  murid
                       meningkatkan tahap penguasaan masing-masing.

                       Di samping itu,  guru perlu membuat perancangan untuk mengembangkan potensi
                       semua murid bagi mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6. Murid
                       perlu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti  dan meneroka pengalaman
                       bagi membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Murid yang
                       mencapai Tahap Penguasaan 4 hingga Tahap Penguasaan 6 boleh membantu murid
                       lain dalam meningkatkan pembelajaran mereka, dan boleh menjadi satu teladan yang
                       cemerlang.




                                                           12
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29