Page 25 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 25

Jadual 3.1: Penyataan Tahap Penguasaan

                           Tahap
                        Penguasaan                                  Tafsiran
                            1          Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas
                                       atau memberi respons terhadap perkara yang asas

                            2          Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu
                                       perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi

                            3          Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
                                       kemahiran atau tugasan pada suatu situasi

                            4          Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
                                       kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara
                                       analitik dan sistematik

                            5          Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
                                       kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut
                                       prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan
                                       bersikap positif
                            6          Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia
                                       ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik,
                                       sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan
                                       idea baharu serta boleh dicontohi




                       3.3    Standard Prestasi

                       DSKP bagi setiap mata pelajaran mengandungi lajur Standard Kandungan, Standard
                       Pembelajaran dan Standard Prestasi.  Jadual 3.2 menunjukkan tafsiran umum bagi
                       setiap Standard.























                                                           13
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30