Page 116 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 116

KHIDMAT MASYARAKAT

               PENGENALAN

               Khidmat  masyarakat  boleh  dianggap  sebagai  satu  tindakan  membantu  golongan  masyarakat  yang
               memerlukan  bantuan  tanpa  mengharapkan  sebarang  balasan.  Aktiviti-aktiviti  sebegini  secara  tidak
               langsung dapat meningkatkan semangat kesukarelaan dalam kalangan murid-murid. Antara aktiviti-
               aktiviti khidmat masyarakat adalah seperti berikut:



                                       gotong royong dan bantuan di rumah kebajikan





                                         kutipan derma untuk disumbangkan kepada
                                                      badan kebajikan





                                           membersihkan kawasan bencana






                                          pembersihan kawasan perkuburan



               FAEDAH AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

               Aktiviti khidmat masyarakat sangat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua lapisan masyarakat.
               Aktiviti seumpama ini boleh dibuat sebagai aktiviti tahunan ataupun berkala bagi meningkatkan lagi
               rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid. Antara faedah aktiviti khidmat masyarakat adalah
               seperti berikut:


                            memberikan murid persepsi         memupuk semangat menghargai
                          tentang kehidupan yang sebenar      warga tua dan yang memerlukan


                                                     Faedah Aktivti
                                                        Khidmat
                                                      Masyarakat

                             menjauhkan murid-murid              melahirkan murid-murid
                          daripada aktiviti yang tidak sihat   yang berkeperibadian tinggi



                                                           85
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121