Page 3 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 3

KATA ALU-ALUAN
                                KETUA PESURUHJAYA PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

















               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

               Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan atas penerbitan Buku Panduan Pengurusan dan Modul
               Tunas  Pertahanan  Awam  (Tuspa)  edisi  kedua  buat  semua  yang  terlibat  secara  langsung  atau  tidak
               langsung  dalam  penghasilan  buku  ini.  Bagi  pihak  Angkatan  Pertahanan  Awam  Malaysia,  segala
               pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan bagi menghasilkan modul ini merupakan satu usaha
               murni dan amatlah dihargai.

                       Pelaksanaan Tunas Pertahanan Awam di sekolah rendah berperanan memberi pendedahan awal
               kepada murid-murid tentang asas ilmu keselamatan dan Pertahanan Awam. Kandungan modul Tuspa ini
               telah disusun khas dan disesuaikan dengan tahap dan kebolehan murid-murid sekolah rendah sama ada
               secara teori mahupun amali. Penerbitan modul Tuspa ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada
               para guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti Tuspa di sekolah dengan lebih mudah, tersusun
               dan selaras seluruh Malaysia.

                       Tunas  Pertahanan  Awam  juga  merupakan  satu  inisiatif  yang  diambil  bagi  mewujudkan
               kesinambungan kepada unit-unit beruniform APM yang sedia ada seperti Kadet Sekolah Pertahanan Awam
               (Kaspa)  di  sekolah  menengah,  Pasukan  Institusi  Pertahanan  Awam  (Pispa)  di  Institusi  Latihan  dan
               Kemahiran dan seterusnya Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) di peringkat intitusi pengajian
               tinggi. Penubuhan Tuspa diharap dapat menarik minat murid-murid cilik dan dapat dijadikan sebagai asas
               dalam pendedahan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ilmu Pertahanan Awam sebelum ke peringkat
               lebih tinggi dan kompleks.

                       Akhir  kata,  harapan  saya  adalah  semoga  Tuspa  menjadi  satu  unit  beruniofrm  kokurikulum  di
               sekolah  yang  mantap  dalam  melahirkan  murid-murid  yang  berpengetahuan  luas,  sentiasa  berdisiplin,
               berkepimpinan  tinggi,  proaktif  dan  serba  boleh  dalam  menghadapi  apa  jua  cabaran  demi  mencapai
               kejayaan.

               Sekian, terima kasih dan salam takzim.



               ………………………….Signature……………………………
               (Y.A.S. KPj. (PA) DATUK ROSLAN BIN WAHAB)
               Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia




                                                             iii
   1   2   3   4   5   6   7   8