Page 4 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 4
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulilah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanawata’ala kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan dan Modul Tunas Pertahanan Awam (Tuspa)
edisi kedua berjaya diterbitkan.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya bagi pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia kepada Angkatan Pertahanan Malaysia di atas usaha dan kerjasama yang diberikan
dalam merealisasikan penerbitan Buku Panduan Pengurusan dan Modul Tunas Pertahanan Awam ini.
Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan editor khususnya
kepada para guru yang terlibat kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memberi
sumbangan idea dan tenaga dalam menghasilkan modul yang lengkap ini untuk dijadikan panduan dan
manfaat oleh semua sekolah yang menjalankan Tuspa di seluruh Malaysia.
Tuspa merupakan satu program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah yang
melibatkan murid-murid tahap dua sebagai aktiviti badan beruniform. Melalui Tuspa, nilai tambah jati diri
murid dapat dipupuk sekaligus membuka ruang, peluang dan pendedahan kepada semua anggota Tuspa
bagi meneroka aspek kemahiran dan pembentukan sahsiah diri yang berketrampilan sejajar dengan hasrat
pucuk pimpinan negara bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Dengan ini, lahirlah murid-murid yang
mempunyai minda cerdas dan berdisiplin tinggi; mampu melahirkan barisan pelapis pemimpin negara yang
bijaksana dan berwibawa selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Malaysia.
Dengan itu, saya yakin dan percaya bahawa pelaksanaan Tuspa ini akan memberi impak yang
besar dan berpanjangan dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang dan seimbang dalam segenap
aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan modul Tuspa ini. Teuskan usaha-usaha murni demi pembangunan murid dan pendidikan
berkualiti untuk negara kita.
Sekian, terima kasih.
‘Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera’
(DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
iv

