Page 65 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 65
vii. Peranan Pertahanan Awam
PERANAN
PERTAHANAN AWAM BERDASARKAN AKTA 221
•Antara peranan APM adalah seperti berikut:
• melaksanakan kerja-kerja pengurusan bencana;
• melaksanakan khidmat kemanusiaan;
• melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan awam;
• melatih aspek pertahanan awam kepada agensi lain;
• mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan barang bagi
kegunaan pertahahanan awam;
• menasihati Menteri perkara berkaitan pertahanan awam;
• mengenalpasti bahaya dan risiko yang boleh mengancam nyawa;
• melatih orang awam bagi membantu tugas pertahanan awam;
• menasihati dan memaklumkan orang awam berhubung pertahanan awam;
• menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat;
• mendiri dan menyediakan pos bantuan kecemasan dan perubatan;
• membantu pihak berkuasa awam menyempurnakan mayat mangsa dalam masa
bencana;
• membantu pihak berkuasa awam melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan
infrastruktur;
• membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan kemudahan utiliti awam
dan aset kerajaan;
• mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan penting lain;
• menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran awam;
•mengurus pusat perlindungan awam;
• menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans;
•mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta benda semasa
kebakaran termasuk menyediakan anggota bomba tambahan;
•melaksanakan lain-lain tugas yang ditetapkan.
38

