Page 70 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 70

elakkan perkara yang
                                                  merosakkan otak seperti
                                                  merokok, melihat bahan
                                                lucah, mengambil dadah dan
                                                        sebagainya


                                                   tambah pengetahuan
                                                   dengan menuntut ilmu




                                                 tingkatkan kemahiran diri



                                                 lakukan hobi masa lapang
                                                      yang bermanfaat



                                                    menyampaikan ilmu
                                                     kepada orang lain



             iii.   Aspek Emosi

                   Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu,
                   sedih, takut dan sebagainya. Emosi juga didiskripsikan sebagai kehebatan dan kepekaan perasaan
                   yang selalunya diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan
                   perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada
                   perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana
                   ketakutan.

                   Emosi perlu dijaga dan diuruskan sebaiknya agar diri murid-murid seimbang dan dapat hidup dengan
                   keadaan harmonis serta tenteram. Perkembangan emosi sangat penting sejajar dengan kepentingan
                   intelek murid-murid. Antara kaedah bagi menguruskan emosi adalah:




                                                          berbuat kebaikan kepada
                                                                   semua


                                                               tahan tekanan


                                                         suburkan sifat berlumba ke
                                                               arah kebaikan


                                                           terapkan rasa bersyukur
                                                        terhadap nikmat yang diberi

                                                         buang sifat dendam serta iri
                                                              hati yang negatif








                                                            43
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75