Page 13 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 13

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

                                                                                                     SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

                        Latar Belakang

                        SBP Integrasi Tun Abdul Razak


                               Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak Pekan telah ditubuhkan pada 01 Jun 2003

                        dan mula beroperasi pada 01.08.2003, bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

                        Kementerian Pendidikan Malaysia. Nama asal sek  olah ini ialah SBP Integrasi Pekan dan ditukar kepada SBP

                        Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) mulai tahun 2010 mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia

                        yang berasal dari daerah Pekan. Sekolah ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Pekan dan berada di


                        DUN Peramu, Parlimen Pekan. Keluasan tanah ialah 28 ekar dan mengandungi blok bangunan pejabat dan

                        sekolah, dewan besar, dua buah blok asrama, 1 unit rumah Pengetua, 3 unit rumah Penolong Kanan dan 16

                        unit rumah guru.


                               Enrolmen terkini ialah 460 orang murid, 54 orang guru dan 20 orang anggota kumpulan pelaksana.


                        Tugas kawalan keselamatan, pembersihan kawasan dan kontraktor bermasak dikendalikan oleh pihak swasta

                        (8 orang pengawal keselamatan, 7 orang pembersih  kawasan dan 9 orang petugas kontraktor makanan

                        bermasak).



                               Dalam bidang akademik, sekolah ini menawarkan mata pelajaran Aliran STEM (Pakej A dan Pakej

                        B) pada peringkat Menengah Atas dan mewajibkan mata pelajaran Bahasa Arab bagi Menengah Rendah.

                        Selain daripada itu, Bahasa Antarabangsa juga ditawarkan di sekolah ini iaitu Bahasa Perancis dan Bahasa


                        Mandarin. Ini adalah selaras dengan hasrat SBP bagi mengantarabangsakan semua Sekolah Berasrama

                        Penuh.


                               Infrastruktur  yang  disediakan  terus  dibangunkan  dan  dipertingkatkan  bagi  menyediakan  akses


                        pembelajaran yang optimum. Di samping itu, program terus diperkukuhkan agar visi dan misi sekolah tercapai

                        dan seterusnya menjadi pendokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju pendidikan

                        bertaraf dunia. SBPI Tun Abdul Razak telah diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada


                        tahun  2011  dan  berusaha  untuk  menjadi  sebuah  SBP-SBT  yang  unggul  di  Pantai  Timur,    Peringkat
                        Kebangsaan dan Antarabangsa.









                                                                                                             12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18