Page 5 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 5
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Alu - aluan Pengetua
SBP Integrasi Tun Abdul Razak
Assalamualaikum w.Bint
Syukur kepada Allah SWT, Tuhan pencipta seluruh alam. Tuhan yang maha berkuasa yang sentiasa
memberikan kesihatan, rahmat, rezeki dan hidayah kepada kita tanpa hentinya. Saya ingin merakamkan
setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang telah melaksanakan amanah
sepanjang tahun 2019 sehingga sekolah kita berjaya mencapai banyak kejayaan pada peringkat antarabangsa
dan kebangsaan. Marilah kita bersama-sama berdoa dan berusaha agar tahun 2020 ini menjadi tahun yang
lebih gemilang kepada organisasi kita.
Sebagai peneraju organisasi , saya sangat berharap agar semua guru dan AKP sentiasa menghayati aspek
Peningkatan Sistem sebagaimana yang terkandung dalam gelombang ke 2 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2017 – 2020) yang menuntut kita menjadi lebih cekap dalam menjalankan tugas hakiki
terutama pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta tugas harian yang lain.
Guru dan AKP sebagai penjawat awam hendaklah sentiasa mengamalkan etika perkhidmatan dan budaya
integriti tinggi supaya kita dapat meningkatkan lagi kualiti dalam perkhidmatan dan sekaligus membina dan
memperkasa budaya cemerlang.
Kita dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya sentiasa
kompeten seperti kemahiran menguasai pelbagai bahasa bagi menyokong program DLP dan Dasar MBMMBI.
Pengetahuan yang tinggi dalam aspek psikometrik
juga diperlukan supaya semua guru mampu meraikan
kepelbagaian potensi dan kecenderungan murid di dalam kelas. Guru juga perlu mempunyai kepakaran dalam
mentadbir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan sent iasa menyokong serta berusaha merealisasikan 12 Inisiatif
KPM.
Akhir sekali, saya menyeru semua warga InSTAR supaya menyahut cabaran ini dengan beriltizam dan
bersungguh-sungguh untuk memastikan kelestarian kecemerlangan InSTAR. Semoga keikhlasan kita dalam
bekerja akanmendapat ganjaran pahala dan kehidupan sejahtera di dunia dan di akhirat,
Insya-Allah.
“BEYOND SUCCESS”
………………………………..…………….
(MUHAMAD YAZID BIN ABDUL WAHAB)
Pengetua,
SBP Integrasi Tun Abdul Razak,
Pekan
4

