Page 53 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 53

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK

                                                                                                     SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI








                        DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                                 4.1  Jika seseorang guru itu bercuti lebih dari 2 hari, buku rekod mengajar hendaklah diserahkan

                                     kepada GPK Pentadbiran. Segala tugas pengajaran yang tertinggal disebabkan oleh cuti
                                     hendaklah diganti.
                                 4.2  Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta dan doktor kerajaan hendaklah disahkan.  Cuti
                                     sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta TIDAK boleh melebihi 15 hari setahun.  Cuti sakit
                                     yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke
                                     BPSBP dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan pembayaran gaji.
                                 4.4   Cuti Rehat Khas
                                     Cuti  ini  hendaklah  diluluskan  oleh  pengetua  hanya  atas  sebab-sebab  kecemasan  dan
                                     upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun. Cuti ini adalah berasaskan perkhidmatan
                                     yang telah diberikan dan ia boleh dikumpulkan untuk ganjaran wang tunai selepas pencen.
                                     Guru yang memohon cuti rehat perlu mengisi borang dan memberi sebab memohon cuti.

                         5.   Telefon: Hanya untuk panggilan rasmi sahaja. Catatkan dalam buku yang disediakan perkara berikut:
                              Nombor telefon, nama, jawatan orang yang dipanggil dan urusan untuk membolehkan pihak sekolah
                              mengesan perkara-perkara rasmi yang berlaku. Panggilan personal tidak DIBENARKAN langsung.
                         6.   Merokok  dalam  kalangan  guru  dan  anggota  kumpulan  pelaksana  tidak  dibenarkan  langsung  di
                              kawasan sekolah. Jika mereka merokok, telah dianggap melanggar undang-undang. Tindakan boleh
                              diambil oleh Pengetua.
                         7.   Pintu  pagar  utama  dan  pintu  pagar kedua  (pintu  kecil)  ke  kuarters  perlu  ditutup  mulai 7.40  pagi.
                              Pengawal keselamatan hendaklah berada di pondok pengawal di tepi pintu pagar utama setiap masa.
                         8.   Semua  pelawat  hendaklah  didaftar  dalam  buku  pelawat  dan  diberi  slip  untuk  ditandatangan  dan
                              diarahkan  berjumpa  pengetua  /  pentadbir  sekolah  terlebih  dahulu  oleh  pengawal  keselamatan.
                              Mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik guru / kelas  tetapi berada di anjung pejabat jika ingin
                              berurusan dengan guru.
                         9.   Pelawat-pelawat yang memakai topi keledar, hendaklah menanggalkan dan meninggalkan di pondok
                              pengawal.    Pelawat-pelawat  tidak  dibenarkan  membawa  alat  /  barang  yang  dianggap  berbahaya
                              seperti pisau, parang dan sebagainya.
                         10.  Pelawat / ibu bapa tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar terus di dalam kelas.  Ibu bapa yang ingin
                              bertemu pelajar / guru hendaklah menunggu di hadapan pejabat sekolah (pembantu am pejabat akan
                              memanggil anak mereka ke pejabat)
                         11.  Pintu  pagar  utama  dan  kedua  hendaklah  dibuka  petang  atau  selepas  waktu  terakhir  waktu
                              persekolahan.  Semua pelajar hendaklah meninggalkan kelas mengikut jadual yang ditetapkan kecuali
                              pada masa-masa tertentu yang dibenarkan oleh pengetua.
                         12.  Pintu pagar hendaklah sentiasa ditutup sepenuhnya selepas pukul 6.00 petang.  Bagi mereka yang
                              tinggal di kawasan sekolah, urusan masuk hendaklah menerusi pengawal keselamatan sekolah.
                         13.  Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana




                                                                                                             52
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58