Page 52 - MANUAL PENGURUSAN 2020 INSTAR
P. 52
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
DASAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Sebagai pegawai profesional, guru dikehendaki menunjukkan sikap dan personaliti terbaik iaitu
mempunyai ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Selain itu, guru perlu
mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam tugas masing-masing. Sebagai pegawai
profesional, guru hendaklah mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam pedagogi
dan andragogi serta menyampaikan ilmu dengan tekun, sabar, efektif serta bersikap penyayang.
2. Sebagai pendidik, guru perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarnya, bersikap adil
dan kelihatan adil. Guru hendaklah menunjukkan teladan dan perwatakan yang baik dan bersopan
santun sepanjang masa dan sentiasa mewujudkan budaya penyayang dan cintakan ilmu
pengetahuan.
3. Kehadiran guru
1.1 Guru-guru perlu berada di dalam kawasan sekolah Selewat-lewatnya pukul 7.20 pagi
dan bersedia menjalankan tugas mengajar di kelas pada pukul 7.30 pagi. Guru-guru
bertugas mingguan perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi.
1.2 Guru-guru perlu mendaftar nama dengan menggunakan mesin perakam waktu setiap
hari persekolahan. Ketepatan masa jam perlu dipatuhi oleh guru untuk semua aktiviti
tambahan yang dipertanggungjawab kepada guru. Sila buat persediaan awal supaya
tidak menganggu ketepatan masa.
1.3 Guru-guru perlu memasuki kelas pada masa yang ditetapkan. Lambat masuk ke kelas
merupakan pelanggaran kepada dasar Melindungi Masa Instruktsional (MMI) dan
adalah satu kelalaian. Mengajar adalah tugas utama guru dan para pelajar perlu dididik
supaya sentiasa menepati masa.
1.4 Guru-guru wajib hadir dalam semua aktiviti / program rasmi sekolah. Dalam
perhimpunan rasmi, guru perlu duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
1.5 Guru-guru wajib hadir dan mengawasi aktiviti kokurikulum bagi memastikan
keselamatan pelajar di samping melaksanakan tanggungjawab membimBing dan
membantu pelajar.
1.6 Guru berkursus / menyertai aktiviti luar perlu mengisi borang tidak mengetip serta
mencatat pergerakan di pejabat dan menyerahkan kepada guru ganti tugasan untuk
pelajar sepanjang ketiadaan kerana berkursus. Dan guru yang berkursus/seminar perlu
menyediakan minit curai untuk memastikan keberadaan guru.
4. Cuti
4.1 Seseorang guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mestilah memberitahu pengetua
atau GPK Pentadbiran selewat-lewatnya pukul 7.30 pagi, sijil sakit doktor hendaklah
diserahkan sendiri kepada pengetua untuk membolehkan Pengetua peka akan taraf
kesihatan guru berkenaan dan ia tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.
51

