Page 12 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 12

T     Tatabahasa




           Hadif dan adiknya, Aina, berbasikal untuk pulang ke rumah. Mereka dari
           Kebun Komuniti.

           Situasi 1                              Pulang dari Kebun Komuniti, mereka ternampak

                                                  jiran mereka, iaitu Pak Cik Ismail dan Mak
                                                  Cik Minah, berjalan sambil membawa tiga
                                                  bungkusan besar. Bungkusan besar itu
                                                  mengandungi sayur, ikan, ayam, dan telur.
                                                     Hadif dan Aina menyapa lalu bersalam
                                                  dengan Pak Cik Ismail dan Mak Cik Minah.
                                                  Hadif dan Aina menolong membawa
                                                  bungkusan milik warga emas tersebut
                                                  sambil menuntun basikal. Hadif dan Aina
                                                  menghantar barangan tersebut ke rumah
                                                  mereka. Sambil berjalan, mereka berbual-bual
                                                  dan bertanya khabar.


           Situasi 2

           Hadif dan Aina berehat sekejap di ruang
           tamu rumah warga emas tersebut.
           Mak Cik Minah menghidangkan minuman
           untuk  mereka.  Mak Cik  Minah  memuji
           tindakan Hadif dan Aina yang sudi
           menolong mereka.
              Pak Cik Ismail memberikan bekalan
           makanan kepada Hadif dan Aina sebelum
           pulang. Pak Cik Ismail menasihati mereka
           agar berhati-hati semasa  berbasikal.
           Hadif dan Aina bersalam dengan warga
           emas tersebut. Mak Cik Minah memeluk                  Munsyi Cilik
           Aina dengan penuh kasih sayang.                  Kata nama am ialah perkataan yang merujuk
                                                            kepada benda atau perkara yang bersifat umum.
                                                            Contoh: rumah, sungai, kereta, mimpi, basikal

           Menyenaraikan kata nama am berdasarkan teks dan gambar.
           Kemudian, membina ayat menggunakan kata nama am.

                          Bimbing murid memahami dan      Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual
          6               menggunakan kata nama am
                   5.1.1                                  KBAT: Menganalisis
                   (i)    mengikut konteks tidak formal.  EMK: Nilai Murni - Prihatin
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17