Page 9 - Bahasa_Melayu_Tahun_4_SK
P. 9

Membaca






            Encik Husin membawa keluarganya
            ke taman rekreasi. Di taman
            tersebut berlangsungnya sambutan
            Hari Keluarga Taman Impian.

               “Wah, ramainya jiran kita yang
             hadir! Mesti seronok apabila kita
             menyertai acara seperti ini,” kata Hadif.

               “Betul, Hadif. Sambutan hari keluarga
             ini memang menyeronokkan. Selain itu, sambutan
             ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
             Semangat kemasyarakatan juga dapat dipupuk dalam kalangan

             masyarakat,” kata Encik Husin kepada anggota keluarganya.
               “Ibu, mengapakah kita perlu hadir ke majlis seperti ini?” tanya Aina.

               “Aina, Hadif dan Hajar, kita perlu hadir ke majlis seperti ini supaya
             dapat mengenali jiran kita. Apabila kita saling mengenali, semangat
             perpaduan akan dapat dipupuk. Seterusnya, kita dapat hidup dengan

             aman dan makmur. Keharmonian negara kita akan terus terpelihara,”
             jelas Puan Nurul.
               “Selepas mendaftar, kami hendak ke khemah di sana untuk bersarapan.

             Kemudian, kami ingin menyertai pertandingan melukis, mencari harta karun
             dan tulisan berangkai. Bolehkah, ayah?” tanya Hadif.

               “Boleh. Nanti kita ke sana bersama-sama,” jawab Encik Husin.


                      ______________           ______________          ______________




                      ______________           ______________          ______________





             Membaca dan melengkapkan Peta Alir berdasarkan aktiviti yang dilakukan
             oleh Hadif dan keluarganya.

                      Bimbing murid membaca dan memahami   Strategi P&P: Belajar Cara Belajar
                      petikan dengan sebutan yang betul dan   KBAT: Menganalisis                   3
               2.1.1  intonasi yang sesuai.
                                                          EMK: Kreativiti dan Inovasi
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14