Page 16 - DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM_Neat
P. 16

I M P L I K A S I





                                                          P E R G A U L A N   B E B A S







                     Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal





                     akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat.




                     Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang





                     rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari




                       aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari





                         aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di





                                                                                                        belakang.












        "Antara kesan buruk daripada pergaulan




                                  bebas laki&perempuan"






     1.  Pembuangan bayi








     Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas



     akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal



     ini menyebabkan remaja perempuan mengandung



     sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja



     yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak


     berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang



     baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas



     awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.











                                                                                                     2.         Perceraian dan keruntuhan rumahtangga








                                                                                                     Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat



                                                                                                     daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah


                                                                                                     tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi.



                                                                                                     Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada



                                                                                                     pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas,



                                                                                                     maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama.



                                                                                                     Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya



                                                                                                     disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada



                                                                                                     pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21