Page 18 - DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM_Neat
P. 18
2. Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus
dilakukan dengan memberikan
pengetahuan seks melalui ceramah.
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat kini dalam
peringkat akhir mengadakan perbin
cangan dengan Kementerian Pelajaran
untuk melaksanakan pendidikan
seksual di sekolah seluruh negara.
Pelaksanaan pendidikan itu perlu
disegerakan supaya remaja dapat
dibimbing secara terancang dan
sempurna, seterusnya membantu
mereka lebih memahami isu berkaitan
seksualiti dan menjadi benteng
kepada mereka dari terbabit dalam
kegiatan tidak bermoral seperti
pergaulan bebas
3. Keratan Akhbar
Walaupun laporan JPN dan JKM tidak
pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu
yang melahirkan anak di luar nikah ini,
kejadian ini seharusnya sudah lebih dari
cukup untuk membuka mata masyarakat
umum bahawa salah laku seksual atau
lebih tepatnya kejadian zina semakin
merebak termasuk di kalangan remaja
Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang
terlibat dalam gejala seks luar nikah
adalah di kalangan kumpulan remaja di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di
sekolah menengah. Ini merupakan satu
kejadian yang sangat menggerunkan kita
semua.

