Page 4 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 4

SEKAPUR SIREH





                 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

                 Setinggi-  tinggi  kesyukuran  dipanjatkan  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan
                 keizinanNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Melawati kali
                 ke-38 bagi tahun 2021 walaupun secara maya. Alhamdulillah juga diucapkan kerana
                 dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini sebagai perkongsian bersama-
                 sama dalam mendokong misi dan visi Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. Adalah
                 diharapkan  semoga  mesyuarat  kali  ini  dapat  dijalankan  dengan  berkesan  melalui
                 penglibatan  ahli-ahli  PIBG  yanq  sentiasa  menyokong  setiap  agenda  untuk
                 memperkasakan bidang pendidikan kepada anak-anak di SKTM.

                 Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik. Pendemik Covid-
                 19  menuntut  kita  semua  untuk  sama-sama  berkorban  secara  total  dalam  usaha

                 menghapuskan  ancaman  virus  ini.  Marilah  kita  dengan  suci  hati  dan  ikhlas  dalam
                 usaha  murni  ini,  sekiranya  terdapat  sebarang  kekurangan  atau  kelemahan  dari
                 aspek,peralatan,  komunikasi  dan  hebahan  maklumat  perlu  sama-sama  kita  cuba
                 tangani secara berhemah.


                 Saya  selaku  YDP  PIBG  sekolah  ini,  sangat-sangat  berterima  kasih  atas  segala
                 kerjasama,  sumbangan  idea  dan  tenaga  yang  diberikan  oleh  pihak  pengurusan
                 sekolah, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa, waris/penjaga yang sentiasa sama-
                 sama  senang,sama-sama  susah  dalam  menjayakan  setiap  aktiviti  yang  dianjurkan
                 oleh  PIBG.  Saya  tahu  bukan  mudah  untuk  guru-guru  mengorak  langkah  dalam

                 melaksanakan  PdPR  yang  berkesan  pada  setiap  masa,  tetapi  saya  percaya
                 semuanya boleh diatasi jika kita bergerak sederap bersama seiring dengan slogan
                 kata berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

                 Akhir  bicara,  saya  ingin  menyusun  sepuluh  jari  memohon  kemaafan  sekiranya

                 terdapat  sebarang  kekurangan  dan  kelemahan  sepanjang  saya  &AJK  semua
                 menjalankan tugas yang diamanahkan. Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan terima
                 kasih  kepada  semua  yang  terlibat  secara  langsung  atau  tidak  langsung  dalam
                 menjayakan mesyuarat pada hari ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni
                 kita semua membuahkan kejayaan dan kecemerlangan kepada anak-anak SKTM.


                 Sekian, terima kasih.

                 Ikhlas,




                 DATO’ IR FAUZI BIN OMAR
                 YDP PIBG 2020/2021
                 SK Taman Mela                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9