Page 5 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 5
SEULAS PINANG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmatnya kita dapat
hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ibu bapa dan guru kali ke-38 SK
Taman Melawati Sekolah Kluster Kecemerlangan pada pagi yang berbahagia ini. Ingin
saya rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga kerja
SK Taman Melawati SKK, Jawatankuasa PIBG sesi 2020/ 2021 yang banyak
berusaha dalam membantu apa jua urusan berkaitan sekolah. Terima kasih juga
kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat pada hari ini walaupun diadakan
secara maya. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum,dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penularan wabak Covid-19.
Persoalannya, adakan keadaan ini akan membantutkan hala tuju penglibatan murid-
murid untuk mencapai kejayaan? Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah, pelbagai
panduan dan saranan telah digariskan untuk dilaksanakan demi memastikan semua
murid berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah halangan bagi
kita dalam menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua pihak
termasuk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan
kemenjadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran yang sesuai.
Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah
dengan ibu bapa dan komuniti. Kita pelu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem
Pembelajaran ia bermakasud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar melalui
teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif pengalaman
persekitaran murid, interaksi sosial, talian internet, buku-buku, keluarga dan kawan-
kawan. Oleh yang demikian, kemenjadian murid boleh dipacu secara komunikasi dua
hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa, yang dapat diterjemahkan melalui
rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi
memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa
dalam membantu pembelajaran murid, dan memperluaskan peranan ibu bapa
sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak.
4

