Page 10 - BUKU PENGURUSAN KVERTS 2022
P. 10
HASIL PEMBELAJARAN KOLEJ VOKASIONAL KPM
Sebagai peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang menghasilkan pelajar-pelajar yang
industry ready bagi memenuhi permintaan pekerjaan industri, program-program akademik Kolej
Vokasional memfokuskan usaha bagi membekalkan 13 hasil pembelajaran khusus berdasarkan
keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia Edisi Ke-2 iaitu :-
1. Pengetahuan dan pemahaman terhadap bidang pengajian yang diceburi.
2. Kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan bidang pekerjaan sebenar.
3. Kemahiran berfikir secara saintifik dan kritikal.
4. Mahir secara praktikal dalam bidang pekerjaan yang diceburi.
5. Memiliki kemahiran interaksi sosial.
6. Berupaya bekerja sebagai ahli sebuah pasukan, organisasi atau masyarakat.
7. Berkebolehan mengkomunikasikan idea kepada pelbagai golongan samada professional
atau tidak.
8. Memiliki kemahiran digital selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.
9. Mempunyai kemahiran numerasi yang selari dengan keperluan tempat kerja.
10. Kemahiran kepimpinan, autonomi dalam membuat keputusan serta bertanggungjawab ke
atas sebarang keputusan yang dibuat.
11. Mempunyai kemahiran dan keinginan untuk memajukan diri melalui pembelajaran
sepanjang hayat.
12. Berupaya mengenalpasti peluang serta ruang menjalankan aktiviti keusahawanan yang
berkaitan dengan bidang yang diceburi.
13. Memiliki etika dan profesionalisme yang tinggi.
10

