Page 11 - BUKU PENGURUSAN KVERTS 2022
P. 11

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) EDISI 2022




          PLO1   : Pengetahuan & Kefahaman
                    Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal
                    untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang;

          PLO2   : Kemahiran Praktikal
                    Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk
                    melaksanakan tugasan dalam bidang;

          PLO3   : Kemahiran Saintifik & Penyelesaian Masalah
                    Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan
                    masalah spesifik berkaitan bidang;

          PLO4   : Kemahiran Komunikasi
                    Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyam-
                    paikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens;

          PLO5   : Kemahiran Sosial & Kerja
                    Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat
                    kepada masyarakat;

          PLO6   : Kemahiran Personal
                    Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan
                    perkembangan kerjaya;

          PLO7   : Kemahiran Keusahawan
                    Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan;

          PLO8   : Etika & Profesionalisme
                    Mematuhi etika professional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial;

          PLO9   : Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab
                    Mempunyai kepimpinan, autonomi dan  kebertanggungjawaban yang signifikan;

          PLO10   : Kemahiran Digital
                    Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk  menyokong aktiviti pembelajaran serta
                    mencari dan   memproses data;

          PLO11   : Kemahiran Numerasi
                    Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang.








                                                                                                              11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16